Sunday, May 26, 2013

Filled Under:

TAWAKAL = TIDAK BERHARAP ( Part 2 : Explanation 2 )


Okey, sekarang, cuba bayangkan, ketika datang jurujual A memaksa anda membeli barang. Apakah perasaan anda ketika itu.suka atau benci. Pada hari yang lain,datang jurujual B yang bertanya begini:  

"Beri saya seminit untuk terangkan produk ini, jika anda tak mahu beli pun tak apa, boleh tak?"  

Adakah anda ingin menjawab tak nak? Ketika itu hati anda menjadi selesa dengan jurujual B itu, silap haribulan anda terus beli produk jurujual itu. Lihat bagaimana peratusan jurujual B itu menjual barangnya berbanding jurujual A. Jika kita ingin dunia ini senang dengan permintaan kita, maka kita harus bersikap seperti jurujual B itu. Ya, jurujual B tidak kisah sama ada kita beli atau tidak.  

Bayangkan rakan anda datang kepada anda untuk meminjam wang dan bertanya begini : 


"Tolonglah aku, kalau kau tak pinjamkan aku duit ini, habislah aku. Tolonglah"
  
Waktu itu kebiasaanya anda akan mengatakan sebegini:  

"Tolong sikit. Entah bila kau nak bayar, takut aku nak bagi kau pinjam"  

Keesokannya datang rakan lain berjumpa anda untuk menyatakan hajatnya:  

"Nak tanya sikit, kalau boleh tolong, kau tolonglah, kalau tidak boleh tak 
mengapalah"  

Pasti anda akan menjawab sebegini, 
     
"Apa dia, aku cuba mana yang mampu, tiada masalah" 


Teori ini berlaku kerana rakan kedua itu memberi anda keselesaan untuk anda membuat keputusan. Anda menjadi lebih tenang ketika membuat pertimbangan tanpa perasaan dipaksa tidak seperti rakan pertama yang memaksa anda memikirkan masalah dirinya. 


Ketika saya berumur 18 tahun, waktu itu seorang rakan datang ke rumah saya mengajak saya dan empat orang rakan lain mencari kerja. Ketika itu saya menolak pelawaan mereka kerana saya ingin berehat di rumah. Kemudian saya akur setelah beberapa kali dipaksa untuk menemankan mereka mencari kerja. Dalam keadaan malas, saya pun mengikut mereka mencari kerja bersama-sama.  


Setelah sampai di kawasan yang mempunyai kerja kosong, mereka sangat bersemangat dan mendengar setiap tunjuk ajar yang diberi oleh pengurus jualan. Tetapi waktu itu saya berjalan di kawasan sekeliling untuk melihat produk-produk yang dijual tanpa mengikut mereka mendengar taklimat kerja, kerana saya lihat hanya ada satu sahaja kerja kosong, yang datang sampai enam orang. Jadi lebih baik beri peluang kepada rakan yang lebih memerlukan kerja berbanding saya.  


Setelah selesai sesi taklimat, pengurus itu memanggil kami dan kejadian pelik berlaku bila beliau hanya datang kepada saya dan bertanyakan bila saya boleh mula kerja. Kesemua rakan-rakan saya terkejut! Akhirnya hanya saya seorang yang mendapat kerja kosong itu. Setelah pulang ke rumah, rakan- rakan saya amat menyesal kerana membawa saya, kerana mereka pulang dengan hampa. Mereka sendiri pun pelik, mengapa saya yang buat endah tak endah itu yang dipilih berbanding mereka yang serius inginkan kerja itu.  


Banyak kejadian seperti ini pernah berlaku dalam hidup anda. Seringkali seseorang yang tidak mahu itu akan mendapat apa yang yang orang lain sentiasa harapkan. Jika berada di majlis, seringkali saya melihat setiap kali ada cabutan bertuah, pasti orang yang mendapat cabutan itu tiada di majlis itu, dan ramai yang sentiasa berharap agar nombor mereka terkena cabutan itu. Inilah namanya pengharapan yang membawa malang dalam hidup kita. Pernahkah anda melihat atau dengar orang bunuh diri. Cuba perhatikan, mengapa ada orang bunuh diri. Pernahkah ada orang bunuh diri kerana suka-suka?  




Jika dilihat, sebab utama kes bunuh ini datang dari pengharapan yang terlalu tinggi. Saya mempunyai seorang pak cik yang terencat akal akibat keinginan untuk sekolah berasrama dihalang oleh ayahnya. Jika dia tidak kisah sama ada dapat memasuki sekolah itu, mungkin dia akan lebih mudah mendapatnya.  

"Sudah jatuh ditimpa tangga pula"  

Sama juga cinta. Pernahkah pasangan yang bercinta secara spontan atau bercinta secara normal tanpa penuh tumpuan dan curahan kasih sayang ditimpa halangan yang sangat besar? Sudah pasti tidak. Halangan besar hanya menimpa kepada mereka yang terlampau serius bercinta sehingga lupakan dunia. Ini juga faktor bunuh diri jika ada salah seorang ditinggalkan atau berpisah.  

Cerita pertama: 
Abu dan Zainab berkenalan melalui facebook, setelah 5 bulan berkenalan akhirnya cinta berputik antara mereka. Mereka hanya menghubungi ketika perlu sahaja. Mereka tidak kisah sama ada hubungan itu berkekalan atau serius. Dua bulan kemudian Abu meminta supaya berpisah dengan Zainab. Dalam kejadian ini adakah Zainab akan bersedih sehingga ingin membunuh diri.  


Cerita kedua:  
Abu dan Zainab berkenalan melalui facebook, setelah 5 bulan berkenalan akhirnya cinta berputik antara mereka. Mereka sering berhubung melalui telefon dan SMS. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Jika ada masa kosong, pasti mereka akan membalas SMS sehinggakan waktu tidur pun telefon berada di tangan untuk memastikan jika ada SMS baru dan ingin terus dibalas. Jika salah seorang terlambat balas, pasti mereka akan mula risau dan bertanya mengapa lambat balas kerana terlalu mengambil berat. Zainab mengatakan yang dia tidak boleh hidup jika tanpa Abu. Abu pula mengatakan hidup ini tiada makna tanpa Zainab di sisi. 6 bulan kemudian Abu sudah tidak membalas panggilan Zainab dengan cepat walaupun melalui SMS. Setelah dipaksa oleh Zainab akan sebabnya, rupanya Abu sudah menjumpai pasangan baru dan ingin berpisah dengan Zainab. 

  
Dalam kejadian di atas apakah situasi yang dihadapi oleh Zainab? 


1) Sedih,kecewa,menangis 
2) Gembira dan tertawa 
3) Bunuh diri terus  

Sudah pasti jawapannya antara 1 atau 3  


Lihat perbezaan situasi yang akan berlaku di masa akan datang. Keadaan ini akan mengakibatkan Zainab mula berhenti mempercayai lelaki dan tidak ingin berkahwin dan pelbagai alasan baru yang akan direka olehnya untuk memastikan keputusannya betul.

  
Jika saya berada dalam situasi Zainab. maka saya akan bersyukur. Mungkin Allah telah tunjukkan bahawa Abu bukanlah pasangan yang setia. Apakata jika Abu tinggalkan Zainab setelah 5 tahun berkahwin setelah mempunyai anak. Bukankah ini akan lebih menyakitkan hati dan keadaan diri. Kita tidak boleh memaksa seseorang itu menyukai kita. Maka kita akan dapat yang terbalik di kemudian hari. Mungkin Abu telah berjumpa dengan orang yang tidak kisah sama ada Abu menyukainya atau tidak berbanding Zainab yang sentiasa ingin mendapat perhatian dan dijaga oleh Abu. 


Jika keadaan ini berlaku, seringkali orang mengatakan Abu jahat, Zainab yang kasihan. Ingat, kita tidak boleh membuat penilaian terhadap kejadian yang telah ditentukan oleh Allah. Bagi saya, Zainab juga bersalah dalam keadaan ini kerana memaksa Abu mencintainya. 



1 soalan lagi, Pernahkah anda duduk di kedai makan dan datang kucing meminta makanan pada anda. Kucing mana yang anda suka   

a) Kucing yang bergesel pada kaki anda dan asyik merayu meminta makanan b) Kucing yang hanya melihat anda di tepi tanpa sebarang bunyi untuk menunggu sama ada anda ingin memberikan makanan  

Pasti jawapan anda ialah "B"  

Ini kerana kucing itu memberi keselesaan dalam diri anda. Begitu juga jika dilihat dari segi percintaan. Jika anda terus memaksa orang menyukai diri anda, maka anda akan membuatkan orang itu rimas. Jangan hanya suka membuatkan orang lain membuat apa yang anda suka.  


Seringkali seseorang itu mendapat kerja yang mereka tidak inginkan atau akan mendapat kerja yang tidak disangka-sangka berbanding kerja yang sangat diharapkan. Ali ingin menjadi seorang guru. Dia telah belajar dengan bersungguh-sungguh dan setelah tamat pelajaran, Ali telah memohon untuk menjadi guru. Ali menghantar pelbagai permohonan dengan harapan dapat menjadi guru yang sesuai. Setelah berkali-kali permohonannya ditolak, akhirnya Ali putus harapan dan mula bekerja sebagai kerani di syarikat swasta. Setelah seminggu bekerja, akhirnya Ali terkejut mendapat surat tawaran bekerja sebagai guru.  


Cuba anda perhatikan. Mengapa Ali mendapat kerja secara tidak disangka-sangka. Ini kerana Ali telah mula tidak kisah dengan masa depannya dan dunia terus membuka peluangnya, atau kita boleh panggil Ali telah betul-betul tawakkal kerana langsung tidak berharap.  


Pernahkah anda menunggu seseorang. Seringkali orang yang ditunggu itu terlambat. Ini kerana anda sering mengharapkan orang itu sampai awal. Setelah lama menunggu dan anda mulai rasa putus asa dan ingin membatalkan temujanji, tiba-tiba orang yang ditunggu itu tiba tanpa disangka-sangka. Pernah sekali saya menyangka yang rakan saya akan terlewat seperti biasa, tetapi akhirnya dia telah tiba dengan awal pula pada kali itu.  


Bukankah kejadian ini pelik.Jika anda lihat di dalam filem pun akan menunjukkan kejadian sebegitu. Pasti akan berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka setelah semua pelakon berputus asa terhadap nasib mereka. Sedangkan ketika mereka sedang bersemangat, tiada pula datang keajaiban.  
Ketika menunggang motosikal, saya sering membawa baju hujan sebagai persediaan. Setelah sebulan membawa baju hujan itu, saya tinggalkan baju hujan itu kerana memikirkan hari esok tidak akan hujan. Dalam perjalanan ke tempat kerja esoknya memang terus hujan! Lusanya saya terus membawa baju hujan, tetapi hari itu tidak hujan pula.  


Dua hari kemudian saya tinggalkan baju hujan itu dan hari itu terus hujan. Saya terus basah kuyup sambil menanam niat dalam hati untuk membawa baju hujan sentiasa selepas ini.  


Ada juga kejadian ketika saya berniaga sendiri menjual nasi lemak di Bangsar pada tahun 2004. Pada suatu hari, nasi lemak saya terlalu laris sehinggakan saya hanya berniaga selama 2 jam sahaja berbanding sebelum ini saya terpaksa berniaga selama 5 jam untuk menghabiskan semua nasi.  
Jadi keesokannya saya membawa nasi lebih banyak dari biasa dan hari itu nasi saya tidak laku. Saya mengalami kerugian berganda kerana tamak inginkan keuntungan yang lebih. Keesokannya saya membawa nasi seperti biasa dan akhirnya pada hari itu nasi saya lebih laku seperti biasa. Akhirnya saya faham bahawa dunia ini memang tidak seperti yang disangka. Cukuplah dengan apa yang Allah bagi.  


Sifat tamak hanya akan menyebabkan kerugian yang berganda. Jika anda ingin menyimpan wang, simpanlah secara biasa tanpa sebarang perasaan berharap untuk duit itu dapat disimpan. Simpan tanpa sebarang perasaan.  
Kalau boleh simpan secara suka-suka. Bukan kerana ingin simpan untuk berkahwin untuk masa tua atau kerana ingin membeli sesuatu yang anda idamkan. Kebanyakan orang terpaksa menggunakan simpanannya untuk sesuatu yang lain dari yang diharapkan. Ini akan membuatkan anda semakin kecewa dan hilang semangat untuk menyimpan lagi di masa akan datang. Kerana, jika anda ingin menyimpan lagi, pasti kali itu anda akan lebih menaruh harapan yang lebih tinggi dan ini akan membuatkan simpanan itu semakin susah disimpan.  




Jadi, Selepas ini pastikan diri anda tidak meletakkan pengharapan dalam niat dan tindakan untuk memastikan diri anda betul-betul tawakkal.  

Sekian sudah untuk tajuk Tawakal ini. Moga anda semua mendapat manfaat darinya.

Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri, sekian.

Bye bye bye, tatatititutu, Assalaualaikum :) 


     


2 comments:

  1. thanks Sam. Alhamdulillah. Serba sedikit dah faham konsep tawakkal tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Aqeela ^_^ Glad that it help you out. Any ideas for a new post?

      Delete

Copyright @ 2013 Sam Syahmi.