Wednesday, May 29, 2013

Software Azan :D (FREE)






Guys, ada satu software ni yang akan azan secara automatik bila dah masuk waktu dia.

And, I wanna share that software with you guys!

Btw, ada lagi satu kelebihan software ni.

Bila korang bukak komputer / laptop korang, akan ada bacaan 

'Bismillahirrahmanirrahim'

Cool gilaa kan? :D 

Selain tu, korang boleh pilih nak azan Mekah ke, Madinah ke. MashaaAllah, sedap guys laungan azan tu.

Setiap kali terdengar tak rasa berat pun nk bangun untuk solat :)

So, taknak buang masa, ni download link dia. 

FREE~

http://www.islamicfinder.org/athanDownload.php

In shaa Allah, dengan adanya software ni, kita tak akan leka bila tengah tgok movie, main game n sebagainya.

Dan kita doakan kepada pencipta software ni agar hidup dia sentiasa dirahmati oleh Allah sebab dah banyak bantu umat Islam di seluruh dunia.

Ameen. :)

K tu je nk share dengan korang semua :)

Bye bye bye. Tatattitutu. Assalamualaikum. :)

Sunday, May 26, 2013

TAWAKAL = TIDAK BERHARAP ( Part 2 : Explanation 2 )


Okey, sekarang, cuba bayangkan, ketika datang jurujual A memaksa anda membeli barang. Apakah perasaan anda ketika itu.suka atau benci. Pada hari yang lain,datang jurujual B yang bertanya begini:  

"Beri saya seminit untuk terangkan produk ini, jika anda tak mahu beli pun tak apa, boleh tak?"  

Adakah anda ingin menjawab tak nak? Ketika itu hati anda menjadi selesa dengan jurujual B itu, silap haribulan anda terus beli produk jurujual itu. Lihat bagaimana peratusan jurujual B itu menjual barangnya berbanding jurujual A. Jika kita ingin dunia ini senang dengan permintaan kita, maka kita harus bersikap seperti jurujual B itu. Ya, jurujual B tidak kisah sama ada kita beli atau tidak.  

Bayangkan rakan anda datang kepada anda untuk meminjam wang dan bertanya begini : 


"Tolonglah aku, kalau kau tak pinjamkan aku duit ini, habislah aku. Tolonglah"
  
Waktu itu kebiasaanya anda akan mengatakan sebegini:  

"Tolong sikit. Entah bila kau nak bayar, takut aku nak bagi kau pinjam"  

Keesokannya datang rakan lain berjumpa anda untuk menyatakan hajatnya:  

"Nak tanya sikit, kalau boleh tolong, kau tolonglah, kalau tidak boleh tak 
mengapalah"  

Pasti anda akan menjawab sebegini, 
     
"Apa dia, aku cuba mana yang mampu, tiada masalah" 


Teori ini berlaku kerana rakan kedua itu memberi anda keselesaan untuk anda membuat keputusan. Anda menjadi lebih tenang ketika membuat pertimbangan tanpa perasaan dipaksa tidak seperti rakan pertama yang memaksa anda memikirkan masalah dirinya. 


Ketika saya berumur 18 tahun, waktu itu seorang rakan datang ke rumah saya mengajak saya dan empat orang rakan lain mencari kerja. Ketika itu saya menolak pelawaan mereka kerana saya ingin berehat di rumah. Kemudian saya akur setelah beberapa kali dipaksa untuk menemankan mereka mencari kerja. Dalam keadaan malas, saya pun mengikut mereka mencari kerja bersama-sama.  


Setelah sampai di kawasan yang mempunyai kerja kosong, mereka sangat bersemangat dan mendengar setiap tunjuk ajar yang diberi oleh pengurus jualan. Tetapi waktu itu saya berjalan di kawasan sekeliling untuk melihat produk-produk yang dijual tanpa mengikut mereka mendengar taklimat kerja, kerana saya lihat hanya ada satu sahaja kerja kosong, yang datang sampai enam orang. Jadi lebih baik beri peluang kepada rakan yang lebih memerlukan kerja berbanding saya.  


Setelah selesai sesi taklimat, pengurus itu memanggil kami dan kejadian pelik berlaku bila beliau hanya datang kepada saya dan bertanyakan bila saya boleh mula kerja. Kesemua rakan-rakan saya terkejut! Akhirnya hanya saya seorang yang mendapat kerja kosong itu. Setelah pulang ke rumah, rakan- rakan saya amat menyesal kerana membawa saya, kerana mereka pulang dengan hampa. Mereka sendiri pun pelik, mengapa saya yang buat endah tak endah itu yang dipilih berbanding mereka yang serius inginkan kerja itu.  


Banyak kejadian seperti ini pernah berlaku dalam hidup anda. Seringkali seseorang yang tidak mahu itu akan mendapat apa yang yang orang lain sentiasa harapkan. Jika berada di majlis, seringkali saya melihat setiap kali ada cabutan bertuah, pasti orang yang mendapat cabutan itu tiada di majlis itu, dan ramai yang sentiasa berharap agar nombor mereka terkena cabutan itu. Inilah namanya pengharapan yang membawa malang dalam hidup kita. Pernahkah anda melihat atau dengar orang bunuh diri. Cuba perhatikan, mengapa ada orang bunuh diri. Pernahkah ada orang bunuh diri kerana suka-suka?  




Jika dilihat, sebab utama kes bunuh ini datang dari pengharapan yang terlalu tinggi. Saya mempunyai seorang pak cik yang terencat akal akibat keinginan untuk sekolah berasrama dihalang oleh ayahnya. Jika dia tidak kisah sama ada dapat memasuki sekolah itu, mungkin dia akan lebih mudah mendapatnya.  

"Sudah jatuh ditimpa tangga pula"  

Sama juga cinta. Pernahkah pasangan yang bercinta secara spontan atau bercinta secara normal tanpa penuh tumpuan dan curahan kasih sayang ditimpa halangan yang sangat besar? Sudah pasti tidak. Halangan besar hanya menimpa kepada mereka yang terlampau serius bercinta sehingga lupakan dunia. Ini juga faktor bunuh diri jika ada salah seorang ditinggalkan atau berpisah.  

Cerita pertama: 
Abu dan Zainab berkenalan melalui facebook, setelah 5 bulan berkenalan akhirnya cinta berputik antara mereka. Mereka hanya menghubungi ketika perlu sahaja. Mereka tidak kisah sama ada hubungan itu berkekalan atau serius. Dua bulan kemudian Abu meminta supaya berpisah dengan Zainab. Dalam kejadian ini adakah Zainab akan bersedih sehingga ingin membunuh diri.  


Cerita kedua:  
Abu dan Zainab berkenalan melalui facebook, setelah 5 bulan berkenalan akhirnya cinta berputik antara mereka. Mereka sering berhubung melalui telefon dan SMS. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Jika ada masa kosong, pasti mereka akan membalas SMS sehinggakan waktu tidur pun telefon berada di tangan untuk memastikan jika ada SMS baru dan ingin terus dibalas. Jika salah seorang terlambat balas, pasti mereka akan mula risau dan bertanya mengapa lambat balas kerana terlalu mengambil berat. Zainab mengatakan yang dia tidak boleh hidup jika tanpa Abu. Abu pula mengatakan hidup ini tiada makna tanpa Zainab di sisi. 6 bulan kemudian Abu sudah tidak membalas panggilan Zainab dengan cepat walaupun melalui SMS. Setelah dipaksa oleh Zainab akan sebabnya, rupanya Abu sudah menjumpai pasangan baru dan ingin berpisah dengan Zainab. 

  
Dalam kejadian di atas apakah situasi yang dihadapi oleh Zainab? 


1) Sedih,kecewa,menangis 
2) Gembira dan tertawa 
3) Bunuh diri terus  

Sudah pasti jawapannya antara 1 atau 3  


Lihat perbezaan situasi yang akan berlaku di masa akan datang. Keadaan ini akan mengakibatkan Zainab mula berhenti mempercayai lelaki dan tidak ingin berkahwin dan pelbagai alasan baru yang akan direka olehnya untuk memastikan keputusannya betul.

  
Jika saya berada dalam situasi Zainab. maka saya akan bersyukur. Mungkin Allah telah tunjukkan bahawa Abu bukanlah pasangan yang setia. Apakata jika Abu tinggalkan Zainab setelah 5 tahun berkahwin setelah mempunyai anak. Bukankah ini akan lebih menyakitkan hati dan keadaan diri. Kita tidak boleh memaksa seseorang itu menyukai kita. Maka kita akan dapat yang terbalik di kemudian hari. Mungkin Abu telah berjumpa dengan orang yang tidak kisah sama ada Abu menyukainya atau tidak berbanding Zainab yang sentiasa ingin mendapat perhatian dan dijaga oleh Abu. 


Jika keadaan ini berlaku, seringkali orang mengatakan Abu jahat, Zainab yang kasihan. Ingat, kita tidak boleh membuat penilaian terhadap kejadian yang telah ditentukan oleh Allah. Bagi saya, Zainab juga bersalah dalam keadaan ini kerana memaksa Abu mencintainya. 



1 soalan lagi, Pernahkah anda duduk di kedai makan dan datang kucing meminta makanan pada anda. Kucing mana yang anda suka   

a) Kucing yang bergesel pada kaki anda dan asyik merayu meminta makanan b) Kucing yang hanya melihat anda di tepi tanpa sebarang bunyi untuk menunggu sama ada anda ingin memberikan makanan  

Pasti jawapan anda ialah "B"  

Ini kerana kucing itu memberi keselesaan dalam diri anda. Begitu juga jika dilihat dari segi percintaan. Jika anda terus memaksa orang menyukai diri anda, maka anda akan membuatkan orang itu rimas. Jangan hanya suka membuatkan orang lain membuat apa yang anda suka.  


Seringkali seseorang itu mendapat kerja yang mereka tidak inginkan atau akan mendapat kerja yang tidak disangka-sangka berbanding kerja yang sangat diharapkan. Ali ingin menjadi seorang guru. Dia telah belajar dengan bersungguh-sungguh dan setelah tamat pelajaran, Ali telah memohon untuk menjadi guru. Ali menghantar pelbagai permohonan dengan harapan dapat menjadi guru yang sesuai. Setelah berkali-kali permohonannya ditolak, akhirnya Ali putus harapan dan mula bekerja sebagai kerani di syarikat swasta. Setelah seminggu bekerja, akhirnya Ali terkejut mendapat surat tawaran bekerja sebagai guru.  


Cuba anda perhatikan. Mengapa Ali mendapat kerja secara tidak disangka-sangka. Ini kerana Ali telah mula tidak kisah dengan masa depannya dan dunia terus membuka peluangnya, atau kita boleh panggil Ali telah betul-betul tawakkal kerana langsung tidak berharap.  


Pernahkah anda menunggu seseorang. Seringkali orang yang ditunggu itu terlambat. Ini kerana anda sering mengharapkan orang itu sampai awal. Setelah lama menunggu dan anda mulai rasa putus asa dan ingin membatalkan temujanji, tiba-tiba orang yang ditunggu itu tiba tanpa disangka-sangka. Pernah sekali saya menyangka yang rakan saya akan terlewat seperti biasa, tetapi akhirnya dia telah tiba dengan awal pula pada kali itu.  


Bukankah kejadian ini pelik.Jika anda lihat di dalam filem pun akan menunjukkan kejadian sebegitu. Pasti akan berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka setelah semua pelakon berputus asa terhadap nasib mereka. Sedangkan ketika mereka sedang bersemangat, tiada pula datang keajaiban.  
Ketika menunggang motosikal, saya sering membawa baju hujan sebagai persediaan. Setelah sebulan membawa baju hujan itu, saya tinggalkan baju hujan itu kerana memikirkan hari esok tidak akan hujan. Dalam perjalanan ke tempat kerja esoknya memang terus hujan! Lusanya saya terus membawa baju hujan, tetapi hari itu tidak hujan pula.  


Dua hari kemudian saya tinggalkan baju hujan itu dan hari itu terus hujan. Saya terus basah kuyup sambil menanam niat dalam hati untuk membawa baju hujan sentiasa selepas ini.  


Ada juga kejadian ketika saya berniaga sendiri menjual nasi lemak di Bangsar pada tahun 2004. Pada suatu hari, nasi lemak saya terlalu laris sehinggakan saya hanya berniaga selama 2 jam sahaja berbanding sebelum ini saya terpaksa berniaga selama 5 jam untuk menghabiskan semua nasi.  
Jadi keesokannya saya membawa nasi lebih banyak dari biasa dan hari itu nasi saya tidak laku. Saya mengalami kerugian berganda kerana tamak inginkan keuntungan yang lebih. Keesokannya saya membawa nasi seperti biasa dan akhirnya pada hari itu nasi saya lebih laku seperti biasa. Akhirnya saya faham bahawa dunia ini memang tidak seperti yang disangka. Cukuplah dengan apa yang Allah bagi.  


Sifat tamak hanya akan menyebabkan kerugian yang berganda. Jika anda ingin menyimpan wang, simpanlah secara biasa tanpa sebarang perasaan berharap untuk duit itu dapat disimpan. Simpan tanpa sebarang perasaan.  
Kalau boleh simpan secara suka-suka. Bukan kerana ingin simpan untuk berkahwin untuk masa tua atau kerana ingin membeli sesuatu yang anda idamkan. Kebanyakan orang terpaksa menggunakan simpanannya untuk sesuatu yang lain dari yang diharapkan. Ini akan membuatkan anda semakin kecewa dan hilang semangat untuk menyimpan lagi di masa akan datang. Kerana, jika anda ingin menyimpan lagi, pasti kali itu anda akan lebih menaruh harapan yang lebih tinggi dan ini akan membuatkan simpanan itu semakin susah disimpan.  




Jadi, Selepas ini pastikan diri anda tidak meletakkan pengharapan dalam niat dan tindakan untuk memastikan diri anda betul-betul tawakkal.  

Sekian sudah untuk tajuk Tawakal ini. Moga anda semua mendapat manfaat darinya.

Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri, sekian.

Bye bye bye, tatatititutu, Assalaualaikum :) 


     


TAWAKAL = TIDAK BERHARAP ( Part 2 : Explanation 1)




1 Faktor Kritikal Untuk Keberkesanan Sesuatu Amalan:


 TAWAKKAL 


Ok, dalam apa apa pekerjaan yang anda buat pun, untuk berjaya ada 1 formula mudah iaitu (usaha+doa+tawakkal= kejayaan). Anda pun tahu formula ini. Saja saya ingatkan semula. Jadi saya anggap doa doa pengasih yang bakal diamalkan nanti sebagai satu usaha/ikhtiar dan sekaligus doa juga. Sekarang dah masuk part yang terakhir dan kritikal iaitu tawakkal. Sejujurnya saya fail konsep tawakkal ni sehinggalah dijelaskan berkali kali oleh sahabat baik saya, Ruhaizat Zainudin (www.aizatshare.com). Di bawah ini adalah cerita darinya. 


By the way, konsep ini sangat sangat sangat penting dalam kehidupan kita, jadi fahamkan baik baik ye  Contoh yang diberi mungkin tiada kaitan dengan rumah tangga/percintaan tapi tetap boleh dikaitkan dengan situasi anda sekarang.  
Sebelum tu, pernahkah anda mendapat cabutan bertuah..? Jarang sekali seseorang yang sentiasa menantikan dirinya mendapat hadiah cabutan tu akan mendapat hadiah tu.  
Inilah teori dunia yang wajib anda ketahui terlebih dahulu.  
Cuba anda terangkan apa itu tawakkal.

a) Berserah 
b) er... 
c) entahla.. 
d) Ada makna lain lagi ke selain berserah? 


Ini adalah jawapan yang sering dijawab setelah saya menjalankan kajian ke atas orang ramai. Mungkin jawapan anda pun seumpama ini. Tahukah anda bahawa tawakkal ini adalah penentu kejayaan anda. Jika konsep tawakkal pun anda kurang jelas, bagaimana pula anda ingin mempraktikkan tawakkal ini dalam hidup anda. Sejak dari kecil, guru sentiasa menasihati kita: 

“Doa, usaha, tawakkal"  

Jadi anda pun berdoa, anda berusaha sungguh-sungguh kemudian anda tawakkal (berserah). Tapi, mengapa apa yang anda doakan itu jarang sekali makbul walaupun anda sudah usaha. Antara doa, usaha dan tawakkal, yang menentukan ianya berjaya adalah tawakkal. Sangat mudah sebenarnya.

  
Sebenarnya tawakkal ini lebih mudah difahami jika diterangkan ianya adalah TIDAK BERHARAP.  
JANGAN LANGSUNG MENARUH HARAPAN ATAU SEBARANG NIAT KEMAHUAN SELEPAS ANDA BERUSAHA.  


Kerana, ia juga berkait rapat dengan Qada' dan Qadar. Bagaimana tawakkal anda sebelum ini. Adakah sekadar di mulut sahaja? Tawakkal bukan sekadar berserah, ia juga dikenali dengan “jangan berharap”. Maksudnya tawakkal ini adalah fikiran yang akan pergi ke dalam hati anda. Bukannya bermaksud kita perlu putus harapan, kerana kita perlu berusaha mendapatkannya. Tetapi, Allah  yang menentukan segalanya.  




Contoh: Ahmad berharap dapat pergi ke tempat kerja pada esok hari dengan awal dan bersemangat. Ahmad memasang jam loceng tepat jam 6.00 pagi
  
Niat = Berharap pergi ke tempat kerja dengan awal dan semangat
Usaha = Pasang jam loceng
Tawakkal = Tiada  

Inilah yang akan terjadi pada esok harinya...  


Ahmad terjaga jam 3.00 pagi kerana termimpi yang bukan-bukan. Lalu Ahmad hanya dapat melelapkan mata pada jam 5.00 pagi. Beliau kemudiannya terjaga pada jam 6.50 pagi kerana tertidur semula kerana tidak cukup tidur , dia hanya mempunyai masa sebanyak 10 minit untuk solat subuh, kemudian Ahmad tergesa-gesa bersiap ke tempat kerja.  


Ketika keluar dari rumah, Ahmad lihat ada kereta yang menghalang kenderaannya keluar dari tempat parking, puas Ahmad mencari si empunya kereta sehingga semakin panas hatinya. Setengah jam kemudian barulah muncul tuan punya kenderaan dan Ahmad sempat sumpah seranah empunya kereta lalu terus bergegas ke tempat kerja. Ketika dalam perjalanan, semua lampu isyarat berwarna merah yang terpaksa Ahmad lalui.


Semakin membara hati si Ahmad, dia berkata dalam hati, “Hari ni memang malang, biasanya lampu isyarat hijau. Boleh pula hari ini merah”.  
Semakin Ahmad hampir sampai ke tempat kerja, semakin banyak rintangan yang datang, jalan semakin jem. Akhirnya Ahmad sampai di tempat kerja, ketika hendak parking, Ahmad runsing dan sentiasa berpusing-pusing mencari parking yang kosong. Akhirnya Ahmad menjumpai tempat parking yang kosong di kawasan yang dilarang.  


Kemudian Ahmad berlari masuk ke tempat kerja dengan tergesa-gesa. Pada hari itu jugalah bosnya datang awal dan Ahmad dipanggil masuk ke pejabat bosnya untuk diberi amaran, Ahmad membuat alasan tidurnya terganggu, jalanraya yang selalu jem serta jirannya yang menghalang kenderaannya pada pagi tadi.  


Semakin berang si bos bila mendengar alasan Ahmad, lalu Ahmad diberi amaran terakhir oleh bosnya. Ahmad semakin runsing memikirkan kejadian buruk yang berlaku pada dirinya. Ketika pulang dari kerja, keretanya disaman kerana kesalahan parking. Bertambah-tambah kerunsingan Ahmad. Lalu Ahmad pulang ke rumah dan berharap agar esok harinya akan semakin baik.  
Pada pendapat, apa akan berlaku pada esoknya. 


Adakah nasib Ahmad akan semakin baik atau sebaliknya? Ya, pastilah nasibnya akan semakin buruk, kerana Ahmad tidak tawakkal dengan betul. Mari kita kira dan nilai berapa kali Ahmad berharap berbanding tawakkal.  

Berharap  

1 - Berharap bangun awal 
2 - Berharap semangat untuk bekerja 
3 - Berharap cepat sampai ke tempat kerja 
4 - Berharap perjalanan ke tempat kerja lebih senang 
5 - Berharap bosnya lewat sampai 
6 - Berharap esok akan lebih baik dari hari ini  
     

Apakah yang berlaku dalam segala pengharapan yang dibuat oleh Ahmad. Sampai 6 kali berharap dalam sehari. Sedangkan dalam satu niat berharap itu akan membuatkan Ahmad berharap pada yang lain.  


Contohnya nombor 4 = berharap perjalanan ke tempat kerja lebih senang. Maka biasanya trafik akan merah, Ahmad akan berharap agar cepat hijau, kemudian jem lebih teruk dari biasa maka Ahmad akan semakin marah dan asyik hon pemandu yang lembab. Ruang parking tiba-tiba penuh maka Ahmad akan semakin berharap agar ada ruang parking kosong yang lain.  


Disebabkan Ahmad berharap sampai awal, tetapi Ahmad telah terlambat dan ini membuatkan riak wajahnya menjadi takut dan psikologinya mudah terganggu. Ini akan membuatkan beliau lebih mudah dimarahi oleh bosnya.   
Lihat bagaimana dunia ini berjalan. Adakah berharap itu satu perkara yang baik? Mengapa ianya buruk. Ada kenyataan yang menyatakan berharap itu perlu untuk mencapai sesuatu. Bagi saya, berharap itu sesuatu yang akan menyebabkan hasrat semakin susah dicapai. Berharap ini amat memudaratkan nasib diri anda.  


Jika ketika kecil, ayah berjanji akan membawa kita ke pantai pada cuti sekolah. Pada waktu itu, mengapa kita semakin hari semakin seronok menunggu waktu cuti sekolah. Ya, kerana kita berharap akan dapat ke tempat yang menyeronokkan. Jadi berharap akan membuatkan kita semakin seronok.  
Tiba-tiba ayah memberitahu yang dia terpaksa bekerja pada cuti sekolah dan perkelahan ke pantai dibatalkan. Waktu itu, kita akan menjadi lebih sedih dari yang biasa.Persoalannya, mengapa kita menjadi terlalu sedih. 


Jika waktu itu kita tidak berharap, adakah kita akan bersedih.Pasti tidak, kerana kita telah redha akan Qadha' kita. Peraturan dunia ini membuatkan hajat kita tidak kesampaian kerana berharap. Anda tidak boleh sangkal kenyataan ini kerana ianya sudah begitu. Pernahkah anda ingin menyimpan duit, kemudian apa yang terjadi. Bukankah duit itu tidak dapat disimpan malah akan semakin banyak diguna. 
     

Jika anda membawa payung untuk persediaan jikalau hujan turun, kebiasaannya pasti tidak hujan. Tapi jika anda tidak membawa payung pasti hujan akan turun.  Sama juga duit, ketika anda mempunyai duit, kebiasaanya tiada apa- apa akan berlaku. Tetapi, ketika ketiadaan duit pasti akan berlaku masalah yang memerlukan duit. Sepatutnya anda melepaskan niat dan perasaan berharap anda itu. Maka akan datang keajaiban dengan sendirinya. Musibah amat menyukai pada orang yang suka berharap.


* Sampai sini sahaja dahulu. In shaa Allah saya akan sambung lagi secepat yang mungkin okay :)

Bye bye bye. Tatatititutu. Assalamualaikum.



Friday, May 17, 2013

TAWAKAL = TIDAK BERHARAP ( Part 1 : Konsep Usaha, Doa dan Tawakal )








Okay guys, I'm back. Alhamdulillah dah selesai tunaikan solat fardhu Maghrib. 

So, TAWAKAL = TIDAK BERHARAP. Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata ni? Sebelum kita memulakan sesi ceramah di blog ni, meh saya ulas balik cara mencapai kejayaan. Dalam Islam, actually bukan susah pun nak capai kejayaan. Formula dia senang je : Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan! Contohnya, kalau kita nak berjaya dalam SPM, apa yang kita selalu buat? Kita akan pulun gila-gila punya lah untuk faham and dapat markah yang tinggi. Dan itu sepertimana yang kita tau, adalah USAHA. Usaha ni pun ada yang malas nak buat. Macam mana la korang semua nak mencapi kejayaan. Betul tak? Orang suruh baca buku, MALAS. Suruh study, MALAS. Suruh buat homework, MALAS. So macam mana? (Aku dulu mcm tu jugak, haha)

Tapi, lepas usaha tu jadi susah sikit. Kita kena doa. Aik? Apa yang susah untuk berdoa? Haaa, doa tu mmg la tak susah, bila-bila masa je boleh tadah tangan n berdoa kat Allah. Tapi apa yang orang ramai tak faham ialah, bila berdoa, untuk dimakbulkan sesuatu doa itu, kita kena tengok macam mana hubungan kita dengan Allah. Kalau kita kadang-kadang solat, kadang-kadang tak, macam mana Allah nak makbulkan doa kita? Mungkin doa kita akan terhijab dan lambat sampai kepada Allah. Haaa, nampak tak kat situ. Saya bagi satu analogi yang simple la kan. Contohnya, korang ada sorang member ni, dia selalu kutuk korang. Tapi bila dia dalam kesusahan dia berbaik dengan korang. Bila dah okay, dia ulang balik perangai dia macam dulu. Agak-agak korang lah kan, bila dia dah selalu buat camtu lama-lama korang rasa nak tolong dia tak? Mesti la akan tolong, cuma rasa berat hati nak tolong kan. Macam tu la jugak kita dengan Allah SWT. Sebab apa saya guna analogi kawan mengutuk? Sebab setiap dosa yang kita lakukan sama la jugak seperti mengutuk Allah SWT. Sebab apa? Dia pencipta kita, akan tetapi, bila dia suruh kita meninggalkan sesuatu larangan, kita tak tinggalkan. Bila Allah suruh buat amalan, kita tak buat. Dan ini seolah-olah seperti mengutuk Allah.




Akan tetapi kawan-kawan ku, ingat la, Allah tu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Walau sebanyak mana pun dosa kita, PASTI, Dia pasti akan mengampunkan diri kita. Apa power sangat dengan doa neh? Uish, power beb! Dalam Islam, senjata yang paling power sekali ialah DOA. Whaaaaaaaaaatt? Yep, thats right my friend. Doa adalah senjata yang paling kuat. Sebab apa? Setiap kejadian tu Allah yang rancang. Alam ni pun dia yang cipta, so kalau kita berdoa, maknanya..... Kita direct mintak kepada Allah SWT. So ingat tu kawan-kawan. Setakat ni dah faham kan konsep doa. 

Kenapa kena cerita dulu usaha and doa ni? Sebab macam yang saya cakap tadi la, nak sampai ke tawakal, kena ada usaha, doa dulu. Tapi bab tawakal nanti saya sambung. Setakat ni je dulu okay my friends? Wallahua'lam

Assalamualaikum :)

Copyright @ 2013 Sam Syahmi.