Sunday, May 26, 2013

Filled Under:

TAWAKAL = TIDAK BERHARAP ( Part 2 : Explanation 1)




1 Faktor Kritikal Untuk Keberkesanan Sesuatu Amalan:


 TAWAKKAL 


Ok, dalam apa apa pekerjaan yang anda buat pun, untuk berjaya ada 1 formula mudah iaitu (usaha+doa+tawakkal= kejayaan). Anda pun tahu formula ini. Saja saya ingatkan semula. Jadi saya anggap doa doa pengasih yang bakal diamalkan nanti sebagai satu usaha/ikhtiar dan sekaligus doa juga. Sekarang dah masuk part yang terakhir dan kritikal iaitu tawakkal. Sejujurnya saya fail konsep tawakkal ni sehinggalah dijelaskan berkali kali oleh sahabat baik saya, Ruhaizat Zainudin (www.aizatshare.com). Di bawah ini adalah cerita darinya. 


By the way, konsep ini sangat sangat sangat penting dalam kehidupan kita, jadi fahamkan baik baik ye  Contoh yang diberi mungkin tiada kaitan dengan rumah tangga/percintaan tapi tetap boleh dikaitkan dengan situasi anda sekarang.  
Sebelum tu, pernahkah anda mendapat cabutan bertuah..? Jarang sekali seseorang yang sentiasa menantikan dirinya mendapat hadiah cabutan tu akan mendapat hadiah tu.  
Inilah teori dunia yang wajib anda ketahui terlebih dahulu.  
Cuba anda terangkan apa itu tawakkal.

a) Berserah 
b) er... 
c) entahla.. 
d) Ada makna lain lagi ke selain berserah? 


Ini adalah jawapan yang sering dijawab setelah saya menjalankan kajian ke atas orang ramai. Mungkin jawapan anda pun seumpama ini. Tahukah anda bahawa tawakkal ini adalah penentu kejayaan anda. Jika konsep tawakkal pun anda kurang jelas, bagaimana pula anda ingin mempraktikkan tawakkal ini dalam hidup anda. Sejak dari kecil, guru sentiasa menasihati kita: 

“Doa, usaha, tawakkal"  

Jadi anda pun berdoa, anda berusaha sungguh-sungguh kemudian anda tawakkal (berserah). Tapi, mengapa apa yang anda doakan itu jarang sekali makbul walaupun anda sudah usaha. Antara doa, usaha dan tawakkal, yang menentukan ianya berjaya adalah tawakkal. Sangat mudah sebenarnya.

  
Sebenarnya tawakkal ini lebih mudah difahami jika diterangkan ianya adalah TIDAK BERHARAP.  
JANGAN LANGSUNG MENARUH HARAPAN ATAU SEBARANG NIAT KEMAHUAN SELEPAS ANDA BERUSAHA.  


Kerana, ia juga berkait rapat dengan Qada' dan Qadar. Bagaimana tawakkal anda sebelum ini. Adakah sekadar di mulut sahaja? Tawakkal bukan sekadar berserah, ia juga dikenali dengan “jangan berharap”. Maksudnya tawakkal ini adalah fikiran yang akan pergi ke dalam hati anda. Bukannya bermaksud kita perlu putus harapan, kerana kita perlu berusaha mendapatkannya. Tetapi, Allah  yang menentukan segalanya.  




Contoh: Ahmad berharap dapat pergi ke tempat kerja pada esok hari dengan awal dan bersemangat. Ahmad memasang jam loceng tepat jam 6.00 pagi
  
Niat = Berharap pergi ke tempat kerja dengan awal dan semangat
Usaha = Pasang jam loceng
Tawakkal = Tiada  

Inilah yang akan terjadi pada esok harinya...  


Ahmad terjaga jam 3.00 pagi kerana termimpi yang bukan-bukan. Lalu Ahmad hanya dapat melelapkan mata pada jam 5.00 pagi. Beliau kemudiannya terjaga pada jam 6.50 pagi kerana tertidur semula kerana tidak cukup tidur , dia hanya mempunyai masa sebanyak 10 minit untuk solat subuh, kemudian Ahmad tergesa-gesa bersiap ke tempat kerja.  


Ketika keluar dari rumah, Ahmad lihat ada kereta yang menghalang kenderaannya keluar dari tempat parking, puas Ahmad mencari si empunya kereta sehingga semakin panas hatinya. Setengah jam kemudian barulah muncul tuan punya kenderaan dan Ahmad sempat sumpah seranah empunya kereta lalu terus bergegas ke tempat kerja. Ketika dalam perjalanan, semua lampu isyarat berwarna merah yang terpaksa Ahmad lalui.


Semakin membara hati si Ahmad, dia berkata dalam hati, “Hari ni memang malang, biasanya lampu isyarat hijau. Boleh pula hari ini merah”.  
Semakin Ahmad hampir sampai ke tempat kerja, semakin banyak rintangan yang datang, jalan semakin jem. Akhirnya Ahmad sampai di tempat kerja, ketika hendak parking, Ahmad runsing dan sentiasa berpusing-pusing mencari parking yang kosong. Akhirnya Ahmad menjumpai tempat parking yang kosong di kawasan yang dilarang.  


Kemudian Ahmad berlari masuk ke tempat kerja dengan tergesa-gesa. Pada hari itu jugalah bosnya datang awal dan Ahmad dipanggil masuk ke pejabat bosnya untuk diberi amaran, Ahmad membuat alasan tidurnya terganggu, jalanraya yang selalu jem serta jirannya yang menghalang kenderaannya pada pagi tadi.  


Semakin berang si bos bila mendengar alasan Ahmad, lalu Ahmad diberi amaran terakhir oleh bosnya. Ahmad semakin runsing memikirkan kejadian buruk yang berlaku pada dirinya. Ketika pulang dari kerja, keretanya disaman kerana kesalahan parking. Bertambah-tambah kerunsingan Ahmad. Lalu Ahmad pulang ke rumah dan berharap agar esok harinya akan semakin baik.  
Pada pendapat, apa akan berlaku pada esoknya. 


Adakah nasib Ahmad akan semakin baik atau sebaliknya? Ya, pastilah nasibnya akan semakin buruk, kerana Ahmad tidak tawakkal dengan betul. Mari kita kira dan nilai berapa kali Ahmad berharap berbanding tawakkal.  

Berharap  

1 - Berharap bangun awal 
2 - Berharap semangat untuk bekerja 
3 - Berharap cepat sampai ke tempat kerja 
4 - Berharap perjalanan ke tempat kerja lebih senang 
5 - Berharap bosnya lewat sampai 
6 - Berharap esok akan lebih baik dari hari ini  
     

Apakah yang berlaku dalam segala pengharapan yang dibuat oleh Ahmad. Sampai 6 kali berharap dalam sehari. Sedangkan dalam satu niat berharap itu akan membuatkan Ahmad berharap pada yang lain.  


Contohnya nombor 4 = berharap perjalanan ke tempat kerja lebih senang. Maka biasanya trafik akan merah, Ahmad akan berharap agar cepat hijau, kemudian jem lebih teruk dari biasa maka Ahmad akan semakin marah dan asyik hon pemandu yang lembab. Ruang parking tiba-tiba penuh maka Ahmad akan semakin berharap agar ada ruang parking kosong yang lain.  


Disebabkan Ahmad berharap sampai awal, tetapi Ahmad telah terlambat dan ini membuatkan riak wajahnya menjadi takut dan psikologinya mudah terganggu. Ini akan membuatkan beliau lebih mudah dimarahi oleh bosnya.   
Lihat bagaimana dunia ini berjalan. Adakah berharap itu satu perkara yang baik? Mengapa ianya buruk. Ada kenyataan yang menyatakan berharap itu perlu untuk mencapai sesuatu. Bagi saya, berharap itu sesuatu yang akan menyebabkan hasrat semakin susah dicapai. Berharap ini amat memudaratkan nasib diri anda.  


Jika ketika kecil, ayah berjanji akan membawa kita ke pantai pada cuti sekolah. Pada waktu itu, mengapa kita semakin hari semakin seronok menunggu waktu cuti sekolah. Ya, kerana kita berharap akan dapat ke tempat yang menyeronokkan. Jadi berharap akan membuatkan kita semakin seronok.  
Tiba-tiba ayah memberitahu yang dia terpaksa bekerja pada cuti sekolah dan perkelahan ke pantai dibatalkan. Waktu itu, kita akan menjadi lebih sedih dari yang biasa.Persoalannya, mengapa kita menjadi terlalu sedih. 


Jika waktu itu kita tidak berharap, adakah kita akan bersedih.Pasti tidak, kerana kita telah redha akan Qadha' kita. Peraturan dunia ini membuatkan hajat kita tidak kesampaian kerana berharap. Anda tidak boleh sangkal kenyataan ini kerana ianya sudah begitu. Pernahkah anda ingin menyimpan duit, kemudian apa yang terjadi. Bukankah duit itu tidak dapat disimpan malah akan semakin banyak diguna. 
     

Jika anda membawa payung untuk persediaan jikalau hujan turun, kebiasaannya pasti tidak hujan. Tapi jika anda tidak membawa payung pasti hujan akan turun.  Sama juga duit, ketika anda mempunyai duit, kebiasaanya tiada apa- apa akan berlaku. Tetapi, ketika ketiadaan duit pasti akan berlaku masalah yang memerlukan duit. Sepatutnya anda melepaskan niat dan perasaan berharap anda itu. Maka akan datang keajaiban dengan sendirinya. Musibah amat menyukai pada orang yang suka berharap.


* Sampai sini sahaja dahulu. In shaa Allah saya akan sambung lagi secepat yang mungkin okay :)

Bye bye bye. Tatatititutu. Assalamualaikum.



0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Sam Syahmi.